Ebit Lew tawar bantuan untuk guru pelbagai agama

0
522

CYBERJAYA – Penceramah popular, Ustaz Ebit Lew hari ini menawarkan sumbangan RM500 kepada guru agama di masjid dan surau yang hilang pendapatan akibat penularan Covid-19.

Ebit Lew dalam hantaran di Facebooknya hari ini berkata, dia memperuntukkan RM200,000 untuk diagih kepada 400 orang pengajar yang bertugas di masjid dan surau.

Tawaran itu juga katanya boleh dipohon oleh golongan yang sama mengejar rumah-rumah ibadat agama lain.

“Doakan ya. Saya nak bagi hadiah RM200,000 untuk 400 orang dengan seorang mendapat RM500. 

“Hadiah untuk guru yang mengajar di Masjid dan Surau yang hilang pendapatan. Begitu juga yang berkhidmat di kuil, tokong dan gereja, Semoga menjadi asbab kebaikan,’’ katanya. 

Pengumuman bantuan untuk guru di rumah ibadah bukan Islam itu mendapat pujian nitizen yang memuji keterbukaan ikon masyarakat itu dalam membantu meringankan beban ditanggung masyarakat ketika ini.

Ebit Lew berkata, permohonan mendapatkan bantuan itu boleh dibuat dengan menghubungi talian 01170315822. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here