Ebit Lew terima lebih 40,000 permohonan tab untuk belajar online

0
140
Ebit Lew (tengah) menyampaikan sumbangan tab kepada pelajar yang memerlukan

CYBERJAYA – Pendakwah terkenal, Ebit Lew menerima lebih 40,000 permohonan daripada pelajar yang memerlukan gajet untuk mengikuti pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdPR) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Menerusi satu hantaran dalam laman Facebook miliknya, Ebit berkata, bagaimanapun pihaknya perlu menapis terlebih dahulu permohonan tersebut.

Terdahulu, Ebit menyampaikan sumbangan tab kepada pelajar sekolah di sekitar Lembah Klang.

“Seronok bahagia bila dapat berkongsi tab di sebuah PPRT (projek perumahan rakyat) dan beberapa kampung sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

“Senarai nama saya dapat dari guru besar dan guru sekolah sekolah. Saya edarkan bagi murid sekolah kebangsaan SK, sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SJKC) , sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT).

Antara keluarga yang turut menerima bantuan daripada Ebit Lew

“Ada keluarga orang kurang upaya (OKU) dan mereka yang memerlukan. Sedih tengok senyuman mereka. Syukur sangat-sangat,” katanya.

Semalam, Ebit berkata, beliau menggunakan wang RM200,000 pemberian Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk membeli 500 tab.

Katanya, tab berkenaan akan diaginkan kepada 500 pelajar yang memerlukan untuk mengikuti kelas secara dalam talian.

Jumaat lalu, Tunku Ismail berkenan menhadiahkan RM200,000 kepada Ustaz Ebit bagi menjayakan segala misi bantuan yang dijalankan pendakwah itu.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here