Elak isu ‘last minit’, Malakat Mall mula buka pendaftaran tunai ibadah korban tahun ini

0
215
Gambar hiasan

RAUDHAH CITY – Meskipun sambutan perayaan Hari Raya Korban berbaki enam bulan lagi, Malakat Mall dengan kerjasama Darul Hufaz Agro telah membuka pendaftaran untuk mereka yang berhajat menunaikan ibadah korban pada tahun ini.

Menurut Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim, pihaknya merancang dengan lebih awal berikutan situasi norma baharu yang berlaku sekarang sehingga memerlukan setiap persediaan dan perancangan dibuat dengan awal.

“Pada tahun lepas disebabkan tiadanya persediaan dan prosedur operasi standard (SOP) yang belum diperkemas, ramai yang tidak berkesempatan menunaikan ibadah tersebut.

“Jadi, untuk tahun ini, Malakat Mall akan bekerjasama dengan Darul Hufaz Agro Farm yang mempunyai ladang ternakan di Lenggeng, Negeri Sembilan untuk melancarkan program ibadah korban pada tahun ini.

“Sehubungan itu, kita ingin mengajak umat Islam terutamanya di Lembah Klang yang ingin melaksanakan ibadah koban pada tahun ini untuk mengambil kesempatan dengan membuat tempahan awal,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Coach Fadzil (kanan) bersama Sheikh Lokman Shazly al-Hafiz Azlanii Zaharin menunjukkan memorandum persefahaman bagi pelaksanaan Malakat Korban 2021 antara Malakat Mall dan Darul Hufaz Agro Farm.

Terdahulu berlangsungnya memorandum persefahaman bagi pelaksanaan Malakat Korban 2021 antara Malakat Mall dan Darul Hufaz Agro Farm.

Dalam majlis tersebut Malakat Mall diwakili sendiri oleh Mohd Fadzil atau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil manakala Darul Hufaz Agro Farm diwakili Pengarahnya, Sheikh Lokman Shazly al-Hafiz Azlanii Zaharin

Berikutan itu, Coach Fadzil berkata, bagi mereka yang berminat untuk melaksanakan ibadah korban itu boleh menghubungi pihaknya untuk proses pendaftaran.

Dalam pada itu, Sheikh Lokman berkata, persediaan awal bagi melaksanakan ibadah yang dituntut oleh Allah itu sangat penting bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku.

Tambahan pula, katanya, ketika ini Malaysia dan dunia sedang dilanda wabak penyakit Covid-19 yang menyebabkan segala kemungkinan boleh berlaku.

“Korban ini adalah perintah Allah dan amalan yang kita perlu kita lakukan. Selain berjihad dalam peperangan, ini adalah satu amalan untuk kita tunjuk di depan Allah.

“Kita tak mampu untuk tumpahkan darah kita, tapi cara yang aman adalah dengan menumpahkan darah lembu, sama seperti amalan para nab-nabi dan rasul.

“Apabila kita buat sesuatu itu dengan awal, ini adalah kerana kita tak tahu bila kita akan mati. Katakanlah ajal kita tiba, ia seolah-olah kita sudah semprnakan amalan tersebut,” ujarnya.

Mengulas lanjut, katanya, persediaan awal juga penting supaya tidak ditipu atau diberikan lembu yang tidak menepati saiz untuk dikorbankan.

“Banyak juga kes yang berlaku apabila tempahan ‘last minit’ dibuat, lembu korban itu tak sampai dan tak mengikut spesifikasi.

“Jadi kami berharap perkara itu tidak berlaku dan kami hendak berikan yang terbaik iaitu dengan menyediakan lembu yang bagus, sihat dan gred A,” katanya yang turut mempunyai permit import (AP) untuk membawa masuk ternakan dari negara luar.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here