Gangguan internet di Myanmar

0
77

YANGON – Myanmar kini berkemungkinan mengalami ‘gangguan internet berskala nasional’.

Kata Reuters, kemungkinan itu disuarakan oleh sebuah kumpulan pemantau, yang berkata, data pada masa sebenar menunjukkan salinghubungan sudah jatuh pada tahap 54 peratus daripada biasa.

Kumpulan NetBlocks Internet Observatory turut menambah, aduan daripada individu turut diterima bahawa beberapa kawasan sudah tidak mempunyai liputan data mudahalih dan wifi.

Sementara itu, ratusan rakyat negara itu dilaporkan turun ke jalanan mengadakan tunjuk perasaan, hari ini.

Penunjuk perasaan dilaporkan melaungkan “Diktator tentera, gagal, gagal; demokrasi, menang, menang,” sambil mengangkat sepanduk mengecam tindakan angkatan tentera menggulingkan kerajaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here