
CYBERJAYA – Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim menawarkan perkhidmatan sebagai Pengurus Pembangunan Perniagaan kepada para usahawan.
Mohd. Fadzil dalam siaran langsung di Facebook berkata, tawaran berkenaan termasuk melibatkan pasukannya di Coach Fadzil Global Ventures (CFGV).
Beliau berkata, idea itu datang kerana ramai usahawan sedang bergelut dan tidak tahu apa yang perlu dibuat serta mahukan lebih banyak ilmu dalam bidang itu.
“Ramai yang bukan sahaja nak belajar tetapi nak tahu apa nak buat. Kami CFGV sedang dalam usaha mencari jalan macam mana nak bantu usahawan.

“Dalam rancangan 10 tahun kumpulan Malakat, kita mensasarkan 100,000 usahawan untuk dibantu dan dibimbing,” katanya dalam siaran langsung di Facebook.
Menurut Mohd. Fadzil, ada tiga kurikulum utama yang perlu diterapkan iaitu mendidik, membimbing dan membantu.
“Saya berbincang dengan ‘team’ dan cuba bertanya bagaimana jika kita tawarkan perkhidmatan kita sebagai Pengurus Pembangunan Perniagaan.
“Kalau anda mengambil seorang Pengurus Pembangunan Perniagaan, berapakah yang anda akan bayar?

“Dia akan bekerja sepenuh masa untuk anda, tetapi anda tak perlukan dia sepenuh masa kecuali jika perniagaan anda sedang pesat berkembang.
“Anda perlukan seseorang untuk memberitahu anda bahagian mana, Line of Business (LOB) mana yang ada, apa yang perlu ditambah seperti cross sell, upsell dan apa yang boleh dimaksimakan, apa yang anda ada dan apa peluang yang patut anda ambil,” katanya.
Selain itu katanya, usahawan perlu membangunkan sebuah pelan perniagaan, memantau jualan dan perlaksanaan, membuat pemasaran selain memperoleh pendapatan.
“Ia tidak sukar tetapi ia boleh buat anda kelemasan jika berbuat sendirian. Para usahawan biasanya tidak ramai staf yang berfikir dan ini adalah cabaran utama.
“Jadi saya pos dekat Facebook, ‘Siapa hendak ambil kami untuk 10 bulan dan jaminan wang dikembalikan’,” katanya yang yakin mampu memacu kejayaan para usahawan.
Mohd. Fadzil berkata, pihaknya tidak akan bertugas sepenuh masa, tetapi ada Indeks Prestasi Utama (KPI) yang dipersetujui bersama.

“Kami akan memilih anggota team kami yang akan diberi tugas dengan anda. Saya boleh sahaja beri perkhidmatan percuma. Tetapi kalau beri percuma, kami tak dapat berikan anggota team kami sebab kami juga punyai banyak tugasan.
“Dalam sasaran 2023 ini kami ingin membangun 100,000 usahawan untuk membina kekuatan yang mana boleh pergi ke peringkat dunia.
“Sebab apa dunia? Sebab kami punyai sasaran seperti asnaf sifar, nak beri gaji tinggi, selesaikan masalah kemiskinan, mengagih kekayaan dan banyak lagi BIG WHY,” katanya.
Dalam pada itu katanya, pihaknya punyai masa yang terhad, sumber yang terhad dan sebab itu kena pilih siapa yang hendak dibantu.
“Nampaknya ada yang berminat hendak mendapatkan servis kami. Daftar di pautan yang diberi dan isikan borang.
“Berikan maklumat mengenai syarikat anda, jenama anda, cabaran, rekod jualan, keadaan pasaran dan ramalan pada tahun ini. Tentulah kami lebih cenderung kepada anda yang sudah memulakan perniagaan.
“Yang belum mula bisnes, kena bermula dahulu kerana ia lebih sukar untuk kami membantu. Tawaran ini adalah untuk anda yang sudah ada bisnes, produk dan jenama.
“Kita perlu ada persetujuan bersama. Seandainya kami tak dapat mencapai sasaran, jadi kita akan pulangkan wang bayaran perkhidmatan. Ini terbuka kepada semua,” katanya.
Usahawan yang berminat boleh mendaftar di link berikut https://malakateco.com/application-to-hire-coach-fadzil…/