Hadi Awang dikejarkan ke IJN akibat sesak nafas

0
184
Gambar yang tular dalam media sosial yang mana Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibawa ke IJN sebentar tadi

CYBERJAYA – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sebentar tadi akibat sesak nafas.

Menurut satu hantaran mesej yang tular dalam laman Facebook yang dipetik daripada Dr Riduan Mohamad Nor, Presiden Pas itu sebelum itu dikejarkan ke Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya kira-kira pukul 7.50 malam semalam.

“Doktor memaklumkan bahawa keadaan beliau stabil. Jantung beliau lemah berkemungkinan disebabkan dalam keadaan penat.

“Doktor telah memaklumkan bahawa beliau akan dirujuk ke IJN untuk rawatan susulan. Beliau akan membuat swab test di IJN,” katanya.

Menurut Dr Riduan lagi, Abdul Hadi dibawa ke IJN pada pukul 9.25 malam tadi dengan menaiki ambulans.

Sementara itu, berita tersebut turut disahkan oleh beberapa pemimpin Pas dalam hantaran Facebook masing-masing.

Antaranya, Timbalan Menteri di Jabatan Persana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary.

Sementara itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut mendoakan kesembuhan kepada Presiden Pas itu.

“Marilah kita bersama mendoakan kesembuhan kepada Tuan Guru dan kembali sihat seperti sedia kala.

“Ya Allah, Tuhan manusia, lenyapkanlah segala penyakit, sembuhkanlah, Engkau Tuhan yang menyembuhkan, tiada kesembuhan kecuali kesembuhan-mu, iaitu kesembuhan yang tidak meninggalkan satu penyakitpun (HR. Bukhari dan Muslim),” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here