
CYBERJAYA – Keadaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) semalam, kini stabil.
Menurut anak beliau, Muhammad Khalil Abdul Hadi, bapanya kini memerlukan rehat.
“Saya baru bercakap dengan ayahanda Tuan Guru sebentar tadi. Keadaan beliau stabil dan perlukan rehat. Mungkin kepenatan kerana jadual yang padat.
“Mohon doa dari semua semoga beliau terus sihat untuk berkhidmat kepada ummah,” katanya hari ini.

Semalam, Presiden Pas itu dikejarkan ke Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya kira-kira pukul 7.50 malam akibat sesak nafas sebelum dibawa ke IJN.
Doktor memaklumkan jantung beliau dalam keadaannlemah berkemungkinan disebabkan dalam keadaan penat.-MT