Hanya bermodalkan RM1,000 kini boleh memiliki perniagaan DIY, farmasi dan lain-lain

0
3092
Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim

RAUDHAH CITY – Orang ramai khususnya umat Islam yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan tetapi tidak mempunyai modal yang tinggi dipelawa menyertai program usahawan di bawah Malakat Ekosistem (Malakat Eco).

Menurut Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim, dengan modal serendah RM1,000, usahawan berkenaan boleh memilih lima program yang disediakan di bawah Program Usahawan Malakat.

“Dengan hanya RM1,000 anda boleh pilih hendak buat kelima-lima bisnes ataupun satu persatu. Pilihan juga diberi samada mereka hendak menjadi rakan niaga aktif ataupun pasif.

“Untuk perniagaan DIY Malaya, kita merancang hendak letak satu rak di kedai-kedai runcit dan juga di stesen minyak di mana ada ramai orang. Modal untuk satu rak itu hanyalah RM1,000. Untuk usahawan pasif, maka pasukan kami yang akan jaga rak. 

“Usahawan pasif hanya duduk di rumah, berdoa dan promosikan di media sosial. Itu sahaja,” katanya hari ini.

Selain itu, beliau yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, pilihan perniagaan lain yang ada ialah dengan menjadi usahawan rempah melalui jenama Rempah Malaya, usahawan farmasi melalui jenama Malakat Pharmacy, usahawan makanan melalui jenama Malakat RTE (ready to eat) dan perniagaan burger melalui jenama Malakat Burger.

Gambar fail: Pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah (tiga dari kanan) bersama Pengasas Malakat Mall, Fadzil Hashim (tiga dari kiri) dan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan (dua kanan) bergambar di hadapan kedai DIY Malaya semasa berkunjung ke Malakat Mall.

“Jadi anda boleh pilih salah satu daripada bisnes yang ditawarkan. Boleh cuba menjadi usahawan DIY. Barangan DIY tiada tarikh luput manakala sewa rak tidak perlukan apa-apa bayaran untuk pekerja. Kami ada pasukan merchandiser yang akan menjaga stok barangan di rak.

“Setiap usahawan akan mendapat 10 peratus daripada harga jualan. Jika rak itu diuruskan sendiri oleh usahawan, usahawan berkenaan akan mendapat 20 peratus. Ini adalah cara kami hendak ikramkan semua rakan-rakan usahawan,” katanya.

Coach Fadzil (tengah) bersama Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan bergambar di hadapan Malakat Pharmacy di Malakat Mall Cyberjaya

Mengulas lanjut, Coach Fadzil berkata, pihaknya juga dalam perancangan untuk melancarkan 

Program Peluang Rakyat iaitu sebuah program pusat pekerjaan yang dirancang mengikut model yang diguna pakai di United Kingdom. 

Katanya, menerusi program tersebut, pihaknya akan mewujudkan pusat pekerjaan, pusat perniagaan dan pusat asnaf khusus untuk mereka yang tidak mampu menjadi Usahawan Malakat.

Selain terlibat dalam bidang perniagaan, Malakat Mall juga aktif menghulurkan bantuan kepada asnaf dan golongan B40 di seluruh negara

“Objektif keseluruhannya ialah untuk meningkat atau menggandakan saluran pendapatan. Sekarang ini kebanyakan daripada kita hanya mempunyai satu saluran pendapatan iaitu gaji.

“Keadaan ini bahaya kerana kita tak boleh kerja sampai mati. Masalahnya juga ialah bila kita berhenti kerana bersara. Selepas itu, bagaimana hendak menjana pendapatan? Sebab itulah kita kena bina pendapatan pasif,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here