Hanya tinggal Selangor, KL, Johor dan Pulau Pinang dilanjutkan PKP

0
72
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

CYBERJAYA – Kerajaan memutuskan untuk melanjutkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang sehingga 4 Mac ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, pelaksanaan PKP itu akan diteruskan bermula 19 Februari ini.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat hasil penilaian risiko dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM) bersama sidang khas Jawatankuasa Teknikal PKP.

“Status Putrajaya dan Labuan akan bertukar daripada PKP kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Negeri lain yang turut bertukar kepada status PKPB adalah Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sabah,” katanya dalam sidang media harian Covid-19, hari ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here