Harimau baham 35 ekor lembu berjaya ditangkap

0
223
Awang Rasau ditangkap pada pukul 11.30 pagi hari ini

DUNGUN – Harimau belang yang membaham 35 ekor lembu ternakan peneroka di Felda Kerteh 3 dan Kerteh 4 di Ketengah Jaya bherjaya ditangkap hari ini.

Harimau jantan seberat 160 kilogram yang digelar ‘Awang Rasau’ itu berjaya di tangkap di ladang kelapa sawit di Kerteh 3 kira-kira pukul 11.30 pagi.

Tangkapan dilakukan oleh Pusat Penyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) dan Jabatan Perhilitan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Penolong Pegawai Hidupan Liar Kanan NWRC, Nik Mohd. Zamani Awang berkata, harimau berkenaan dianggarkan berusia antara 14 hingga 16 tahun.

“NWRC dan Perhilitan menerima maklumat tentang harimau berkenaan daripada penduduk kampung semalam sebelum operasi mencari dimulakan 8 pagi ini.

“Kami mengambil masa hampir empat jam untuk mengesan dan menangkap harimau berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar di Perhilitan Dungun hari ini.

Menurut Nik Mohd. Zamani, harimau berkenaan ditemui kira-kira tiga kilometer daripada lokasi yang dikesan oleh penduduk semalam.

Sebelum ini, media melaporkan peneroka di kawasan berkenaan berada dalam ketakutan berikutan serangan harimau belang yang berlaku sejak awal tahun ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here