Hati-hati beri vaksin AstraZeneca kepada warga emas – Korea Selatan

0
53

SEOUL – Sebuah panel perubatan Korea Selatan menasihatkan supaya pemberian vaksin Covid-19 buatan firma AstraZeneca kepada golongan berusia di atas 65 tahun dilakukan dengan berhati-hati.

Menurut Reuters, nasihat tersebut dikeluarkan oleh Panel Farmaseutikal Kebangsaan yang menjalankan kajian bagi pihak Kementerian Keselamatan Makanan dan Perubatan.

Panel tersebut meluluskan penggunaan vaksin tersebut bagi diberikan kepada individu berumur 18 tahun ke atas, tetapi mengeluarkan nasihat supaya berjaga-jaga apabila vaksin itu diberi kepada golongan warga emas.

Nasihat tersebut dikeluarkan berikutan kekurangan data berkaitan ujian klinikal terhadap golongan berkenaan.

Korea Selatan difahamkan bakal memberi kelulusan kepada vaksin yang dibangunkan secara usahasama dengan Univerisit Oxford itu dalam jangka masa terdekat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here