Ibu kandung Amir dan suami berdepan hukuman gantung

0
149
Mohd Fadzli diiringi anggota polis ketika keluar dari Mahkamah Majistret di sini, hari ini. Gambar Sinari Harian.

MELAKA – Pasangan suami isteri yang didakwa mendera dan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun di Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen di sini hari ini berdepan dengan hukuman gantung sampai mati.

Dalam pendakwaan pertama, tiada pengakuan daripada kedua-dua tertuduh direkod selepas mendengar pertuduhan dibacakan terhadap mereka di depan Majistret, Mazana Sinin.

Memetik laporan Sinar Harian, Zuraida Atan,32, yang merupakan ibu kandung kepada mangsa dan Mohd Fadzli Abdull Razak, 38, (bapa tiri mangsa) didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian kanak-kanak malang, Zubaidi Amir Qusyairi.

Kejadian berlaku di sebuah rumah di Taman Krubong Jaya di sini pada pukul 3.32 petang 29 Januari lalu.

Kedua-dua mereka dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama dan boleh dikenakan hukaman mati mandatori, jika disabit kesalahan.

Bagi pendakwaan berasingan atas pertuduhan menyebabkan kecederaan fizikal atau membenarkan dianiyai, diabaikan atau didedahkan, kedua-dua suspek mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim, Nariman Badruddin.

Mahkamah menetapkan sebutan semula bagi kedua-dua kes itu pada 29 Mac depan.

Prosiding bagi kedua-dua kes dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Pengarah Pendakwaan Negeri, Badius Zaman Ahmad.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here