
SEOUL – Indonesia sedang mempertimbangkan penyertaannya dalam projek pembangunan pesawat tempur generasi 4.5 Korea Selatan, KF-X.
Pada tahun 2010, Indonesia telah menyatakan persetujuan untuk menjadi rakan kongsi dalam projek tersebut dengan pelaburan awal berjumlah sekitar 800 bilion Won.
Namun, menurut Yonhap News, kedua-dua negara akan kembali ke meja rundingan dalam masa terdekat bagi membincangkan penyertaan negara tersebut setelah Indonesia hanya membayar sebanyak 227.2 bilion Won, dan menghentikan pembayaran seterusnya.
Difahamkan, keseluruhan projek pembangunan tersebut bernilai kira-kira 8.8 trilion won.
Sasaran awal Indonesia adalah untuk memperoleh pesawat tersebut dan dalam masa yang sama memajukan industri angkasa tempatan menerusi usahama tersebut.
Laporan media asing bagaimanapun, menyebut Indonesia kini sedang berusaha untuk mendapatkan pesawat pejuang buatan Perancis.
Prototaip pertama KF-X dijangka akan ditunjukkan kepada umum pada April depan.