Ismail Kijo meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh

0
366
Urusan pengkebumian akan diuruskan oleh pihak Kementerian Kesihatan disebabkan allahyarham sebelum ini disahkan positif Covid 19.

CYBERJAYA – Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo, 69, meninggal dunia hari ini pada pukul 12.33 tengah hari di Hospital Sungai Buloh.

Urusan pengkebumian akan diuruskan oleh pihak Kementerian Kesihatan disebabkan allahyarham sebelum ini disahkan positif Covid 19.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar dalam entri terbaharu Facebook rasminya turut memaklumkan pemergian Allahyarham.

“Innalillahi wainnaillaihi rojiun. Dukacita dimaklumkan sahabat saya dalam Perhubungan UMNO Negeri Selangor Dato’ Ismail Kijo Ketua UMNO Bahagian Ampang telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi di Hospital Sungai Buloh.

“Sama-sama kita doakan semoga Allahyarham diletakkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh. Salam Takziah kepada seluruh anggota keluarga. Al-Fatihah,” jelasnya.

Allahyarham merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya selama tiga penggal.

Beliau memenangi kerusi DUN Lembah Jaya pada Pilihan Raya Umum 1995, 1999 dan 2004 sebelum tewas pada Pilihan Raya Umum 2008.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here