Israel bekalkan dron bunuh diri kepada dua buah negara Asia

0
997

CYBERJAYA – Dua buah negara Asia difahamkan telah membuat perolehan dron bunuh diri buatan Israel.

Kata firma pertahanan tersebut, Industri Aeroangkasa Israel (IAI), negara yang tidak dinamakan itu telah membeli sistem dron HAROP yang mampu membawa bahan letupan.

“…kami berjaya mendapatkan tender untuk membekalkan sistem HAROP versi maritim kepada sebuah negara Asia, manakala sebuah lagi negara Asia mendapatkan sistem yang sama versi darat,” kata IAI dalam satu kenyataan.

Difahamkan, tentera Azerbaijan telah turut mengoperasikan sistem HAROP ke atas kedudukan tentera Armenia ketika konflik Nagorno-Karabakh baru-baru ini.

Dron HAROP mampu beroperasi dalam jarak 200 kilometer (km) dengan daya tahan terbang selama 9 jam.

Ia mampu beroperasi sehingga 15,000 kaki dengan membawa bahan letupan seberat 16 kilogram (kg).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here