ISS rakam ‘kilauan’ lubuk emas di Sungai Amazon

0
285
Rakaman satelit ISS menunjukkan kilauan daripada lubuk-lubuk emas di wilayah tenggara negara Peru.

CYBERJAYA – Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) baru-baru ini dilaporkan berjaya merakam ‘kilauan’ daripada lubuk-lubuk emas di sepanjang Sungai Amazon di Peru yang selama ini terlitup oleh kepulan awan. 

Metro.co melaporkan, pantulan dan kilauan itu dipercayai NASA sebagai lokasi utama aktiviti perlombongan emas di negara pengeluar nombor enam dunia itu.

Menurut NASA, ‘penemuan’ pemandangan yang tidak pernah disaksikan itu berjaya dirakam dalam keadaan langit yang bebas daripada kepulan awan, di wilayah tenggara Peru dikenali sebagai Madre de Dios.

“Kebiasaannya, lubuk emas itu tersembunyi dari pandangan kerana ditutupi oleh awan tetapi pada kali ini langit sangat cerah dan kawasan itu diterangi oleh cahaya matahari yang memantulkan kilauan,’’ katanya.

Madre de Dios dipercayai menjadi pusat industri perlombongan emas yang dilakukan secara tidak terkawal dan menjadi sumber rezeki pelombong tempatan untuk mencari rezeki.

Selain mendedahkan kesan buruk perlombongan yang menjadi punca pencemaran merkuri dalam sumber air, gambar yang dirakam kira-kira 220 batu dari angkasa itu turut menunjukkan kesan aktiviti pembalakan yang serius di wilayah itu.

“Aktiviti perlombongan tidak terkawal di Peru menjadi punca utama kemerosotan eko sistem dan bio diversiti yang kini pada tahap kritikal,’’ katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here