Jadikan budaya membaca sebagai aktiviti keluarga

0
89
Amalan membaca perlu dipupuk dari kecil lagi

CYBERJAYA – Tidak menjadikan budaya membaca sebagai aktiviti keluarga menjadi punca buku semakin ketinggalan di negara ini berbanding gajet.

Bekas Ketua Pengarang Sinar Harian, Norden Mohamed berkata, hampir tiada masyarakat di Malaysia menjadikan budaya membaca sebagai aktiviti keluarga.

Bekas Ketua Pengarang Sinar Harian, Norden Mohamed

Beliau berkata, berbeza jika dibandingkan dengan masyarakat barat yang menjadikan budaya membaca sebagai aktiviti keluarga contohnya sebelum tidur.

“Di barat, kebanyakan keluarga menjadikan budaya membaca sebagai aktiviti keluarga, baca buku sebelum tidur jadi budaya mereka, sebab itu mereka selalu membaca.

“Jika kita mahu galakkan anak-anak membaca, ia mesti bermula dari kecil. Saya tidak rasa akan menjadi budaya sekiranya hanya membaca di sekolah.

“Buku sekolah hanya berbentuk formal berbancing buku penceritaan dan maklumat yang mungkin lebih menarik minat anak-anak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program bual bicara Back To School: Adakah Buku Masih Releven yang disiarkan secara langsung di laman Facebook Malakat Now malam tadi.

Program Back To School anjuran Malakat Now

Norden merangkap Pengurus Iqra Read Bookstores berkata, pelbagai jenis buku boleh didapati di pasaran untuk memupuk minat membaca dan ia bergantung kepada usia.

“Untuk jenis buku, buku asas kanak-kanak terus konsisten jualannya selain buku fakta sejarah dan buku asas ibadah serta buku kitab lama yang dijilid semula turut menjadi pilihan,” katanya

Mengulas untuk industri buku terus kekal relevan, Norden berkata, buku perlu dipromosikan lebih hebat termasuk di kaca televisyen dan bukannya di Facebook semata-mata.

“Saya cakap sejak dahulu lagi, dalam banyak-banyak industri, industri buku adalah industri yang tidak aktif dan ketinggalan zaman dalam sudut pemasarannya.

“Penerbit perlu buat iklan dan promosi buku selain penulis itu sendiri perlu membantu dalam soal promosi selain promosikan diri dan perlu menjadi terkenal seperti selebriti,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here