[VIDEO] Jenama Malakat akan muncul di stesen-stesen LRT seluruh Lembah Klang

0
954
Aziz (kanan) bersama pegawai Malakat Food ketika melakukan walk about di salah sebuah stesen LRT di Lembah Klang, hari ini. – MALAKAT TRIBUNE

KUALA LUMPUR – Jenama yang bernaung di bawah ekosistem Malakat Mall akan membuat kemunculan di stesen-stesen sistem transit aliran ringan (LRT) di seluruh Lembah Klang, tidak lama lagi.

Ketua Pegawai Operasi Malakat Food, Aziz Juhari berkata, pihak yang mengoperasikan LRT, Rapid Rail amat berminat menjalinkan kerjasama dengan pihak Malakat.

“Ini bermaksud, pengguna LRT di Lembah Klang akan turut berpeluang mendapatkan produk kami di kiosk yang akan dibuka kelak,” kata Aziz ketika melakukan walk about di beberapa buah stesen LRT, hari ini.

Jenama Malakat akan muncul di stesen-stesen LRT seluruh Lembah Klang

Buat masa ini, nama stesen yang akan dihuni oleh jenama Malakat tidak didedahkan, namun difahamkan, kiosk berjenama ekosistem Malakat akan dibuka di beberapa buah stesen yang mempunyai aliran penumpang yang tinggi.

Walk about hari ini adalah bagi mengenal pasti kesesuaian lokasi stesen dan konsep jenama yang akan diletakkan.

“Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Buat penyokong jenama Malakat dan pengguna di Lembah Klang, nantikan kemunculan kami,” tambah Aziz.

Beliau mengesahkan, antara jenama yang akan dibuka termasuk Malakat Express, Malakat Grocer dan Tea Amo.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here