Jojo Shoes, Himawari tawar kepuasan berfesyen

0
85
Plebagai pilihan kasut di Jojo Shoes, Malakat Mall.

SEBUT sahaja pasal minat berfesyen, pasti ramai yang memilih untuk ‘surrender’ apatah lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang.

Namun gaya dan keselesaan sebenarnya tidak dibeli pada jenama dan harga semata-mata. Bagi mereka yang tahu mencari, pasti ada sahaja pilihan yang bertepatan dengan kemampuan poket.

Di Malakat Mall, dua outlet fesyen yang tidak asing dan tidak pernah lekang dikunjungi pelawat adalah Jojo Shoes, jenama kasut versatil dan Himawari, jenama beg galas designer yang cukup popular di Jepun.

Butik fesyen yang terletak bersebelahan ini menawarkan pelbagai pilihan menarik produk yang berkualiti dengan gaya terkini.

Di Jojo Shoes, pelanggan juga boleh mendapatkan kasut-kasut eksklusif hasil rekaan anak muda tempatan selain aneka pilihan kasut kanak-kanak dan wanita. 

Walaupun masih belum popular di negara ini, Jojo Shoes Malaysia yang dimiliki oleh Malakat Mall merupakan antara jenama popular dengan ratusan cawangan di China.

Produk Jojo Shoes.

Begitu juga dengan beg Himawari yang sudah lama popular di Jepun, Amerika Syarikat, Kanada dan Asia. Himawari menawarkan pilihan pelbagai warna dan rekaan unik untuk wanita yang ingin kekal bergaya dengan beg galas kasual berpakasiti besar. 

Kunjungi Jojo Shoes dan Himawari yang terletak di aras G Malakat Mall untuk menikmati pelbagai promosi yang sedang berlangsung. -MT

Rekaan kasual Himawari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here