Jom makan di Restoran Bunch-Oh Malakat Mall

0
253

Pelanggan boleh makan di Bunch-Oh mulai esok seperti yang dibenarkan oleh kerajaan

CYBERJAYA – Restoran Bunch-Oh di Malakat Mall akan dibuka untuk pelanggan makan di dalam restoran bermula esok pada pukul 8 pagi hingga 10 malam.

Ketua Pegawai Operasi Malakat Food, Aziz Juhari berkata, semua menu yang sebelum ini ada di Bunch-Oh ‘on’ seperti biasa esok untuk kepuasan pelanggan.

Ketua Pegawai Operasi Malakat Food, Aziz Juhari

Beliau berkata, lebih menarik semua menu di The Tarik Corner (TTC), It’s Thai, Ayam Kampung Lejen akan dihimpunkan di Bunch-Oh bagi memudahkan pelanggan.

“Sekarang kita kumpulkan semua menu di restoran Bunch-Oh, para pelanggan boleh membuat pesanan dan makan di satu tempat sahaja untuk keselesaan.

“Untuk kiosk di Bunch-Oh pula, semuanya akan beroperasi mulai Khamis, apabila kiosk ini beroperasi para pelanggan akan ada lebih pilihan lagi.

Satu meja untuk dua orang di Bunch-Oh

“Mulai esok di Bunch-Oh kita boleh muatkan 80 orang dalam satu-satu masa, jika ada lebih pelanggan kita masih boleh tambah meja dengan jarak yang ditetapkan.

“Kita juga akan pastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi, jadi jangan bimbang untuk datang makan di Bunch-Oh,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Susunan siap menunggu pelanggan bermula esok

Menurut Aziz, antara menu yang ada di Bunch-Oh esok ialah Lunch Padu, aneka masakan panas, nasi campur, nasi kandar, Chinese Wok  & Thai, semua jenis masakan barat dan semua menu sedia ada.

“Bermula esok, kita juga akan melancarkan satu menu baharu di Bunch-Oh iaitu Pollo Pizza yang menawarkan 12 jenis pizza bagi memenuhi citarasa pelanggan,” katanya.

Antara menu di Bunch-Oh
Kakitangan Bunch-Oh menyediakan makanan.
Kakitangan Bunch-Oh menyediakan makanan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here