J&T Express mohon maaf, janji tiada pemotongan gaji gaji pekerja

0
260
J&T Express

CYBERJAYA – Selepas tular video pekerja J&T melempar barang pelanggan dan tersebarnya memo dalaman mengenai pengurangan bayaran, syarikat penghantar barang terkenal itu hari ini tampil memohon maaf dan berjanji tidak akan memotong atau berhutang gaji dengan pekerja mereka.

J&T Express-Malaysia dalam satu kenyataan menjelaskan, isu tersebut berlaku disebabkan terdapat komunikasi kurang jelas mengenai sistem pengagihan bonus di kalangan pegawai jabatan.

“Bonus penuh dibayar kepada pekerja yang telah bekerja selama satu tahun dan bonus dibayar mengikut tempoh masa pekerja yang bekerja kurang dari stau tahun.

“Oleh kerana kurang jelas sistem pengagihan bonus di kalangan pegawai jabatan, ia menyebabkan pengagihan bungkusan secara ganas berlaku pada 4 Februari lalu dan menghasut beberapa pekerja untuk membuat gangguan bersama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berikutan insiden itu, katanya, pihak pengurusan J&T Perak telah segera menangani isu berkenaan dan menjelaskan kejadian sebenar.

Katanya, pada 5 Februari lalu semua pekerja telah menjalankan tugas seperti biasa untuk menyusun serta memproses bungkusan pelanggan.

Pada masa sama, katanya, J&T juga bersedia menerima pengawasan dan pemeriksaan oleh masyarakat serta oleh institusi berkenaan.

Dalam pada itu, menyentuh mengenai kecurian makanan dan minuman dalam bungkusan yang dihantar, J&T mendakwa, ia berkemungkinan dilakukan oleh pekerja sementara yang diambil bekerja berikutan pertambahan jumlah bungkusan barang ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Syarikat telah banyak mengupah pekerja sementara dan hanya memberikan latihan yang asas kepada mereka.

“Ini merupakan kesalahan dalam pengurusan kami. Kami telah merumuskan peraturan dan kaedah pengurusan khususnya untuk penyelesaian dan pengawasan daripada berlakunya insiden serupa serta menyelesaikan masalah bungkusan yang hilang,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here