Jumlah jemaah solat Jumaat, fardu di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan ditambah

0
142
Gambar fail: Petugas Masjid Raja Haji Fisabilillah Cyberjaya menampal laluan mengikut nombor giliran bagi jemaah yang hadir untuk menunaikan solat jumaat. foto FARID JANUDIN, 3 Julai 2020

CYBERJAYA – Berkuat kuasa esok Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membenarkan jumlah jemaah yang dibenarkan untuk menunaikan solat Jumaat di masjid dan surau Jumaat di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan diperluas kepada separuh daripada kapasiti sebenar masjid.
.
Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, bagi jemaah solat fardu lima waktu, jumlahnya diperluas kepada separuh daripada kapasiti dewan solat utama masjid, surau Jumaat dan surau, juga dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Aktiviti tazkirah sebelum solat Jumaat juga dibenarkan selama 30 minit di masjid, surau Jumaat dan surau yang diberikan kebenaran khas untuk solat Jumaat.

“Semua ketetapan yang berkuat kuasa esok tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan selaras dengan nasihat Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Ajib turut meminta rakyat untuk terus berdoa dan bermunajat supaya penularan wabak Covid-19 di negara ini segera berakhir.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 13 Januari lalu, jumlah maksimum jemaah yang dibenarkan menunaikan solat Jumaat hanya 30 orang.

Bagi pelaksanaan solat fardu pula hanya lima jemaah terdiri daripada ahli jawatankuasa dan pegawai masjid dibenarkan hadir.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here