Jurulatih ‘Shaolin Soccer’ meninggal dunia

0
159
NG MAN-TAT

HONG KONG – Lagenda komedi Hong Kong, Ng Man-tat dilaporkan meninggal dunia hari ini akibat barah hati.

Menurut laporan portal The Standard, Man-tat, 70, meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di Hospital Union, Hong Kong.

“Dia meninggal dunia ketika dalam tidur,” menurut jurucakap keluarga mendiang.

Man-tat memulakan karier lakonannya pada tahun 1973 ketika berusia 22 tahun.

Di Malaysia, nama dan wajahnya sinonim dengan seorang lagi lagenda komedi Hong Kong, Stephen Chow Sing-chi menerusi filem-filem komedi lakonan mereka, terutamanya menerusi filem Shaolin Socccer pada tahun 2001.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here