Covid-19: Kapasiti hospital dan ICU hampir capai 100 peratus-PM

0
53
Kapasiti hospital-hospital Covid-19 termasuk unit rawatan rapi (ICU) telah hampir mencapai kapasiti 100 peratus

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan hospital-hospital Covid-19 termasuk unit rawatan rapi (ICU) telah hampir mencapai kapasiti 100 peratus.

Muhyiddin berkata, dengan trend kenaikan kes-kes positif ketika ini, keadaan berkenaan mesti ditangani segera supaya sistem kesihatan negara  tidak lumpuh.

“Sistem kesihatan di negara kita hampir mencapai breaking point. 

“Dalam konteks ini, salah satu daripada perkara penting dalam pelaksanaan darurat ialah peruntukan di dalam Ordinan Darurat (Kuasakuasa Perlu) 2021 yang membenarkan penyumberluaran sementara kemudahan kesihatan swasta oleh Kerajaan. 

“Ini meliputi hospital, klinik, makmal, sumber manusia, perkhidmatan dan aset-aset yang difikirkan perlu untuk mempertingkatkan kecekapan pengurusan pandemik. 

“Penyumberluaran ini bersifat sementara sehingga tempoh darurat tamat,” katanya dalam perutusan khas hari ini.

Menurut Muhyiddin, buat masa ini kerajaan telah memulakan kerjasama dengan pihak penyedia perkhidmatan perubatan swasta untuk menggunakan hospital, klinik, makmal, kepakaran, perkhidmatan dan sumber manusia bagi tujuan membantu meringankan beban yang ditanggung oleh KKM. 

“Untuk tujuan ini, konsep hospital kluster di antara hospital-hospital di bawah Kementerian Kesihatan akan diperluaskan bagi merangkumi hospital-hospital awam lain seperti hospital universiti, hospital angkatan tentera dan hospital-hospital swasta yang akan digunakan untuk merawat pesakit Covid-19.

“Hospital swasta akan diletakkan di bawah pengoperasian Hospital Kluster dengan sektor awam di bawah Pusat Kawalan Covid-19 Bersepadu. 

“Bagi tujuan mengurangkan tekanan ke atas hospital-hospital kerajaan yang merawat pesakit Coid-19, KKM  telah mula bekerjasama dengan 31 hospital swasta untuk penyumberluaran rawatan sebahagian daripada pesakit bukan Covid-19 ke hospital-hospital swasta ini.

“Kementerian Kesihatan Malaysia memperuntukkan sejumlah RM 27 juta pada tahun 2021 bagi tujuan ini. 30. Bagi pengurusan dan rawatan pesakit Covid-19 di hospital swasta, KKM telah mendapat kerjasama yang baik daripada hospital-hospital swasta di seluruh negaram” katanya.

Dalam pada itu katanya, Melalui Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 ini juga, kerajaan akan mula mengambilalih kemudahan-kemudahan bagi tujuan menambah pusat saringan Covid-19 dan pusat kuarantin. 

“Bagi aktiviti penyumberluaran dan pengambilalihan ini, suatu bentuk pampasan akan diberikan kepada pemilik premis berdasarkan naziran penilaian oleh pihak kerajaan,” katanya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here