Kartunis Petai meninggal dunia pada usia 49 tahun

0
941
Antara karya yang dihasilkan Allahyarham Petai

CYBERJAYA – Kartunis yang terkenal dengan watak Dukun Petai menerusi majalah Ujang, Roslan Kassim meninggal dunia hari di Hospital Serdang.

Berita kematian Allahyarham yang lebih dikenali dengan nama pena Petai itu disampaikan melalui laman Facebook Rumah Kartun dan Komik Malaysia.

“Allahyarham, 49, telah menghembuskan nafas yang terakhirnya di Hospital Serdang sekitar jam 8:14 pagi tadi.

“Beliau dimasukkan ke hospital malam tadi kerana sesak nafas (asma),” katanya.

Kartunis Petai terkenal dengan kartun tanpa dialog

Petai yang dilahirkan di Melaka terkenal dengan kartun-kartun tanpa dialog seperti Dukun Petai dan Pendekar Gunung Terkelendat.

Selain pernah berkhidmat di majalah Ujang, Allahyarham juga pernah melukis kartun di majalah Gelihati, Gila-Gila dan Apo.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here