[VIDEO] Kebakaran kenderaan di PPR Pantai Ria dipercayai perbuatan khianat

0
266

KUALA LUMPUR – Kebakaran melibatkan tujuh buah kereta dan van di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria di Pantai Dalam semalam, dipercayai berpunca daripada perbuatan khianat.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat, siasatan pasukan forensik menemukan satu botol berbau petrol dan kesan simbahan bahan bakar pada salah sebuah kereta yang terbakar.

“Kesan simbahan petrol ditemukan di hadapan sebuah kereta Myvi berwarna hitam dan sebuah van berwarna merah yang disyaki menjadi punca letusan kebakaran,” kata Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni.

Dalam kejadian tengah hari semalam, enam buah kereta dan sebuah van musnah dalam kebakaran di tempat letak kereta Blok D PPR berkenaan

Enam kenderaan diletak di kawasan parkir musnah dalam kebakaran

Basri berkata, pihaknya menjalankan siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Beliau menambah, orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta membantu siasatan dengan menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berdekatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here