Kedai gunting rambut, cuci kereta dan pasar malam dibenarkan beroperasi

0
96
Gambar fail: Pengusaha Lam’s Barber Shop, Mohd Nur Salam Anuar, 24 mengemas dan membersihkan peralatan mengikut Prosedur operasi standard (SOP) bagi perkhidmatan gunting rambut di Bandar Baru Selayang. – Foto Farid Janudin

CYBERJAYA – Berkuat kuasa esok kerajaan membenarkan aktiviti perniagaan pasar malam, kedai gunting rambut dan pusat cuci kereta beroperasi semula ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran itu diberikan dengan setiap aktiviti perniagaan itu perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

“Pasar malam dibenarkan beroperasi dari jam 4 petang sehingga 10 malam dengan mematuhi SOP penjarakan antara gerai dengan gerai lain adalah satu meter, laluan keluar masuk yang berbeza dan kawalan yang ketat dan pengawasan oleh RELA.

“Untuk kedai gunting rambut atau salun, mereka dibenarkan beroperasi sehingga jam 10 malam tetapi hanya perkhidmatan gunting rambut sahaja dibenarkan. Perkhidmatan penjagaan muka dan lain-lain masih tidak dibenarkan,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, untuk SOP kedai gunting rambut, tukang gunting perlu memakai pelindung muka, memakai apron yang perlu ditukar untuk setiap pelanggan baharu, memakai sarung tangan (perlu ditukar untuk setiap pelanggan baharu) dan menggunaka gunting dan sikat yang dibersihkan menggunakan air panas.

Sementara itu, katanya, untuk pusat cuci kereta, pengusaha dibenarkan beroperasi hingga jam 10 malam.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here