Kedai rangkaian Malakat Mall akan di buka di Stesen LRT

0
147
Mohd. Fadzil Hashim bersama wakil Prasarana

CYBERJAYA – Selepas mendapat tawaran daripada syarikat stesen minyak, Malakat Mall kini mendapat tawaran daripada Prasarana Malaysia Bhd. (Prasarana) pula.

Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berkata, tawaran itu melibatkan pembukaan kedai rangkaian Malakat Mall di semua stesen transit aliran ringan (LRT) milik prasarana.

“Alhamdulillah…Prasarana menawarkan Tea Amo, Malakat Express dan Malakat Grocer untuk beroperasi di semua stesen LRT Station dimiliki mereka.

“Doakan diberi kejayaan dan manfaat kepada semua,” katanya dalam laman Facebook miliknya hari ini.

Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim melihat pelbagai makanan yang dijual di Malakat Express Setapak

Difahamkan, hari ini Mohd. Fadzil atau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil mengadakan perbincangan dengan wakil Prasarana selain melawat ke stesen LRT.

Sebelum ini, kedai rangkaian Malakat Mall seperti Tea Amo, Malakat Express, Malakat Grocer dan DIY Malaya menarik minat syarikat stesen minyak untuk dibuka di stesen mereka.

Tea Amo kini mendapat tempat dalam kalangan pelanggan kerana minuman jenama ini mempunyai kelainan tersendiri dengan teh boba dicampur bersama taufufa.

Antara minuman yang terdapat di Tea Amo, Malakat Mall

Untuk Malakat Express pula, konsepnya sama seperti Family Mart yang menawarkan pelbagai barangan keperluan termasuk minuman dan juga makanan.

Malakat Grocer pula ialah rangkaian kedai yang menawarkan ‘1001’ barangan kepada pelanggan termasuk barangan keperluan harian termasuk buah-buahan dan barangan basah.

Orang ramai membeli barangan keperluan di Malakat Grocer

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here