Kelantan setuju naik nilai kompaun PKP

0
77
Datuk Ahmad Yakob

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan menyokong supaya nilai kompaun lebih tinggi dikenakan kepada pesalah yang ingkar prosedur operasi standart (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan Covid-19.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, cadangan menerusi pelaksanaan pindaan Akta 342 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 itu bertepatan dengan keperluan semasa termasuk jumlah kompaun maksimum RM1,000 di bawah akta berkenaan.

“Pindaan supaya kompaun dinaikkan lagi wajar dibuat dan saya bersetuju.

“Kita sebenarnya bukan nak sangat kompaun rakyat, tetapi supaya timbul rasa tanggungjawab sekiranya kompaun dinaikkan ke nilai yang lebih tinggi,” katanya memetik laporan Sinar Harian hari ini.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jumlah kompaun yang lebih setimpal akan dikenakan kepada terhadap syarikat yang melanggar SOP.

Kenaikan nilai kompaun itu bertujuan melaksanakan langkah yang lebih tegas ke atas individu yang terlibat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here