Kemboja mulakan program pemberian vaksin Covid-19

0
51
Timbalan Panglima Angkatan Tentera Diraja Kemboja, Hun Manet menjadi penerima vaksin Covid-19 pertama di negara tersebut, hari ini. – GAMBAR MEDIA SOSIAL

PHNOM PENH – Kemboja memulakan program pemberian vaksin kepada rakyatnya, hari ini.

The Guardian melaporkan, antara penerima pertama vaksin tersebut adalah anak kepada Perdana Menteri Hun Sen, dan anggota Kabinet lain.

Hun Sen, 68, pada mulanya mengumumkan kesediaannya untuk menerima vaksin tersebut, namun berkata kemudian bahawa umur beliau sudah melebiuhi had ditetapkan.

“Saya berasa yakin kerana kini saya sudah mendapat perlindungan daripada Covid-19,” kata anak sulung Hun Sen, Hun Manet selepas menerima suntikan vaksin itu di Hospital Calmette, hari ini.

Untuk rekod, Hun Manet merupakan Timbalan Panglima Angkatan Tentera Diraja Kemboja.

Program pemberian ini dilaksanakan dengan menggunakan 600 ribu dos vaksin Covid-19 Sinopharm yang didermakan oleh China.

Sebelum ini, China telah mengumumkan bahawa mereka akan menghantar sebanyak 1 juta dos vaksin kepada negara tersebut.

Kemboja setakat ini dilihat berjaya mengekang penularan pandemik ini, dengan hanya melaporkan sebanyak 478 kes tanpa sebarang kes kematian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here