Keputusan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat minggu hadapan?

0
167

CYBERJAYA – Kerajaan dijangka mengumumkan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat pada Isnin depan, kata portal Astro Awani.

Menurut laporan eksklusif portal tersebut, pengumuman itu akan dilakukan oleh Kementerian Kewangan.

Ketika ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) difahamkan sedang mencari jalan untuk menyediakan peruntukan bagi membolehkan pengeluaran tersebut diteruskan.

Menurut sumber portal berkenaan, Kementerian Kewangan menyatakan veto bagi menyokong pelaksanaan pengeluaran tanpa syarat itu.

“Perkiraan awal mendapati, KWSP jangkakan memerlukan RM108 bilion berbanding RM55 bilion jika i-Sinar bersyarat,” kata sumber itu.

Sumber berkenaan turut memaklumkan, mesyuarat KWSP kini tertumpu kepada struktur pembayaran termasuk sekiranya ia dibayar secara bersekali.

“Jika dibuat bayaran sekali, KWSP perlu menarik beberapa pelaburan di luar negara untuk menyokong proses pembayaran itu,” kata sumber tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here