
CYBERJAYA – Aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan vaksin Pfizer-BioNtech telah diteliti oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Selain itu katanya, vaksin berkenaan juga telah berdaftar atau diberi kebenaran penggunaan kecemasan oleh badan regulatori negara pengeluar atau badan regulatori rujukan oleh PBKD dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Dr. Nor Hisham berkata, pendaftaran bersyarat itu diberikan untuk memberikan akses segera kepada vaksin Covid-19 dengan menggunakan langkah berasaskan risiko, tanpa mengabaikan aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan.
“Vaksin ini juga mestilah melalui proses penilaian yang sewajarnya dan akan sentiasa dipantau dengan rapat setelah ia digunakan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Ahad.
Pada 8 Januari lalu, vaksin Pfizer-BioNTech telah memperoleh kelulusan bersyarat daripada PBKD dan NPRA dengan nama Comirnaty Concentrate For Dispersion For Injection.
Hari ini, kumpulan pertama vaksin berkenaan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Belgium yang Program Imunisasi Kebangsaan yang akan bermula pada Rabu ini.