Kerajaan Jepun bakal panjangkan tempoh darurat di Tokyo

0
72
YOSHIHIDE SUGA

TOKYO – Kerajaan Jepun dijangka akan memanjangkan tempoh darurat di Tokyo dan beberapa wilayah lain bagi membendung penularan Covid-19.

Menurut Reuters, walaupun jumlah kes baharu semakin menurun, kerajaan akan meneruskan langkah itu kerana keberkesanannya dalam menurun jumlah kes baharu.

Perdana Menteri, Yoshihide Suga telahpun menerima pandangan kumpulan pakar mengenai langkah tersebut.

Difahamkan, tempoh darurat itu akan dipanjangkan selama sekurang-kurangnya satu bulan lagi.

“Jumlah kes baharu semakin menurun, tetapi kita mesti terus berjaga-jaga,” kata Ketua Setiausaha Kabinet, Katsunobu Kato.

Setakat ini, Jepun sudah mencatatkan hampir 392,000 kes Covid-19, dengan angka kematian berjumlah 5,800.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here