Kes kumulatif Covid-19 di Malaysia cecah 300,752 kes

0
39
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Kes kumulatif positif Covid-19 di Malaysia hari ini mencecah 300,752 kes apabila 2,437 kes baharu dicatatkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 3,251 kes sembuh juga dicatatkan hari ini.

Katanya, kes kumulatif sembuh ialah sebanyak 273,417 kes dengan kes aktif kebolehjangkitan pula adalah sebanyak 26,205 kes.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 202 kes kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 93 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Sebanyak sembilan kematian icatatkan pada hari ini menjadikan jumlah kematian secara keseluruhan ialah sebanyak 1,130 kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Dr. Noor Hisham, Selangor mencatatkan peningkatan kes berbanding sebelum ini sebanyak 914 kes, diikuti Johor 340 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 337 kes.

“Turut mencatatkan peningkatan kes ialah negeri Perak sebanyak 287 kes, Sarawak 171 kes, Sabah 134 kes dan Pulau Pinang 105 kes.

“Negeri Sembilan, Kelantan, Pahang, Terengganu, Melaka pula mencatatkan kurang daripada 70 kes.

“Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan dua kes selepas sifar kes dilaporkan semalam,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here