Kes sembuh Covid-19 jauh mengatasi kes baharu

0
46

CYBERJAYA – Negara merekodkan kes sembuh Covid-19 tertinggi dalam tempoh 24 jam yang lalu dengan jumlah 5,718 kes berbanding 2,720 kes harian baharu.

Pertambahan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dikesan di negara ini kini berjumlah 269,165 kes dengan 44,129 kes aktif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pengesanan kes baharu itu tidak melibatkan kes import.

Bagi kes kematian pula, sebanyak 8 kematian dikesan di seluruh negara dalam tempoh yang sama menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak itu kini 983 orang.

“Secara keseluruhan, Selangor merekodkan kes harian tertinggi sebanyak 1,300 diikuti dengan Kuala Lumpur (318); Johor (451); Negeri Sembilan (64); Sarawak (193); Sabah (132); Melaka (14); Pulau Pinang (72); Kedah (38); Perak (69); Kelantan (17); Terengganu (26); Pahang (19); Putrajaya (6); Labuan (1); dan Perlis (0),” katanya pada sidang media berkaitan Covid-19 di Putrajaya hari ini.ff

“Jumlah yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) pada temph 24 jam lalu adalah seramai 285 termasuk 118 yang memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Dalam tempoh yang sama kata beliau, sebanyak 19 kluster baharu dikesan dalam melibatkan 14 kluster tempat kerja, 4 kluster komuniti dan 1 kluster membabitkan kumpulan berisiko tinggi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here