Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat positif Covid-19

0
81

CYBERJAYA – Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Abd Aziz dilaporkan positif Covid-19 semalam.

Johan yang juga Bendahari Badan Perhubungan UMNO Selangor sebelum ini menghadiri mesyuarat parti di Institut Latihan Memperkasakan Ilmu (ILMU) Janda Baik, Pahang.

Beberapa pemimpin tertinggi UMNO yang turut hadir dalam Mesyuarat MKT UMNO itu 

adalah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan; Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Media tempatan melaporkan pemimpin-pemimpin parti berkenaan telah melakukan ujian saringan sebaik sahaja menerima maklumat terdapat kes positif Covid-19 membabitkan ahli mesyuarat.

Sebelum ini beberapa ahli politik termasuk menteri dan timbalan menteri disahkan positif Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here