Kilang proses ayam diarah tutup selepas 604 pekerja dikesan positif Covid-19

0
135
DR. ADHAM BABA

SERKAM – Pihak Kementerian Kesihatan (KKM) megarahkan penutupan sebuah kilang pemprosesan ayam di Serkam, Melaka berikutan 604 pekerjanya disahkan positif Covid-19.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba, jumlah kes tersebut dikesan sejak saringan dilakukan di kilang tersebut mulai 1 Februari lalu sehingga semalam.

“Setakat ini, KKM masih meneruskan masih meneruskan saringan terhadap 1,871 pekerja di kilang tersebut, membabitkan 1,428 warga asing dan 443 rakyat tempatan,” kata Dr. Adham.

Beliau berkata, jangkitan itu dipercayai bermula daripada seorang pekerja yang bergejala sebelum menular kepada rakan lain termasuk warga tempatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here