KJ dilantik sebagai Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan

0
82
Tan Sri Muhyiddin Yassin

CYBERJAYA – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin akan dilantik sebagai Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bagi memastikan proses pengurusan vaksinasi dalam negara berjalan lancar. 

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyampaikan Perutusan Khas Penjelasan Terkini Mengenai Pelaksanaan Proklamasi Darurat dan Pemasyuran Ordinan Darurat Dalam Mengurus Pandemik Covid-19 hari ini.

“Beliau akan mengetuai satu Pasukan Pertugas Khas yang menguruskan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan khususnya isu-isu berkaitan logistik dan penyelarasan dengan negeri-negeri dan agensi-agensi kerajaan. 

“Ini bagi membolehkan Kementerian Kesihatan untuk terus menumpukan kepada fungsi-fungsi perkhidmatan kesihatan dalam menangani penularan wabak Covid-19 yang masih menunjukkan trend membimbangkan,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan Persekutuan juga sentiasa bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri untuk memastikan setiap tindakan dilaksanakan secara bersepadu. 

Sehubungan itu, katanya, semua menteri besar dan ketua menteri telah diundang untuk menghadiri Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan Covid-19 yang diadakan tiga kali seminggu. 

Katanya, ini kerana banyak isu yang turut melibatkan kepentingan serta peranan negeri dibincangkan dalam sidang khas itu.-MT 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here