KKM beri amaran berhati-hati penjualan vaksin Covid-19

0
93

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak tertipu dengan tawaran membeli vaksin Covid-19 yang berkemungkinan tidak selamat digunakan.

Kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, sehingga kini kerajaan masih tidak membenarkan sebarang penjualan vaksin wabak berkenaan di pasaran negara ini.

“Berhati-hatilah jika anda menemui atau ditawarkan bekalan vaksin Covid-19 oleh pihak lain selain Kementerian Kesihatan Malaysia kerana vaksin tersebut mungkin adalah palsu, tiruan ataupun datang daripada sumber yang tidak sah,’’ menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, KKM mengingatkan orang ramai supaya tidak mendedahkan diri dan ahli keluarga kepada risiko kesihatan daripada pengambilan vaksin yang tidak diketahui status dan keselamatannya.

Untuk lebih kepastian, pengguna boleh melakukan semakan No. pendaftaran bagi apa juga jenis ubat atau No. notifikasi kosmetik di laman sesawang https://npra.gov.my atau aplikasi NPRA Product Status yang boleh didapati secara percuma di Google Play, Apple AppStore atau Huawei AppGallery.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here