Kompaun RM1,000 jika gagal sediakan tong sampah-MPK

0
26
Peniaga perlu menyediakan tong sampah di Klang elak premis kotor

CYBERJAYA – Peniaga yang gagal menyedikan tong sampah di premis masing-masing boleh dikenakan kompaun sehingga RM1,000 oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Pengarah Perkhidmatan Persekitaran MPK, Zaireezal Ahmad Zainuddin berkata, tindakan itu diambil kerana ada peniaga yang tidak mengikut arahan yang dikeluarkan.

Zaireezal berkata, arahan berkenaan juga merupakan sebahagian daripada syarat dikenakan ketika peniaga memohon atau memperbaharui lesen.

“Sepatutnya perkara ini tidak berlaku, justeru kita akan pantau dari semasa ke semasa selain melaksana penguatkuasaan,” katanya seperti dilaporkan Selangorkini.

Menurut Zaireezal, kesalahan berkenaan disabitkan mengikut Undang-Undang Kecil Kerajaan Tempatan.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa, Dr Gunaraj George memaklumkan notis makluman untuk menyediakan tong sampah dihantar kepada peniaga pada 18 Februari lalu.

Katanya, peniaga perlu menyediakan tong bertutup dengan isi padu 240 liter dalam tempoh tujuh hari selepas notis tersebut dihantar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here