Korea Selatan tidak berikan vaksin AstraZeneca pada individu berumur 65 tahun ke atas

0
38

SEOUL – Individu berumur 65 ke atas di Korea Selatan tidak akan menerima suntikan vaksin Covid-19 keluaran AstraZeneca.

Reuters melaporkan, perubahan dalam program pemberian vaksin tersebut diumumkan oleh Agensi Pencegahan dan Kawalan Penyakit Korea (KDCA) kerana kelewatan penghantaran vaksin di bawah skim COVAX anjuran Pertubuhan Kesihatan Antarabangsa (WHO).

Pada awalnya, Korea Selatan meletakkan sasaran untuk melaksanakan pemberian vaksin kepada 1.3 juta penduduknya pada suku pertama tahun ini menggunakan vaksin keluaran AstraZeneca, namun mengurangkan sasaran tersebut kepada 750 ribu individu.

Pengarah KDCA, Jeong Eun-kyeong bagaimanapun menegaskan, sasaran awal negara tersebut untuk mencapai tahap imuniti kelompok pada November ini masih kekal.

“Kami percaya, perubahan pada program inokulasi dalam bulan Februari dan Mac ini tidak akan memberi kesan kepada sasaran untuk mencapai imuniti kelompok pada November nanti,” kata Eun-kyeong, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here