KPDNHEP beri amaran pematuhan SOP

0
59
Alexander Nanta Linggi

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi amaran kepada pengusaha premis perniagaan supaya tidak menyalahgunakan kebenaran beroperasi semula yang bermula hari ini.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, berikutan pembukaan semula 17 aktiviti sektor perdagangan dan pengedaran, pemilik perniagaan yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan berdepan dengan tindakan.

“Kementerian akan terus membuat pemantauan dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Begitu juga diharapkan dari pembeli dan pengguna untuk bekerjasama dalam mematuhi SOP seperti sentiasa memakai pelitup muka, mendaftar kehadiran dengan MySejahtera, menjaga penjarakan sosial, mencuci tangan dengan cecair sanitasi dan mengamalkan langkah pencegahan Covid-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sehingga 7 Februari, pemeriksaan pematuhan SOP telah dilakukan terhadap 357,489 premis perniagaan di seluruh negara.

“Daripada jumlah tersebut sebanyak 112 premis perniagaan telah dikenakan kompaun dibawah Akta 342,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here