Kutipan zakat PPZ-MAIWP RM768 juta pada 2020

0
70
Ketua Pengawai Eksekutifnya Ahmad Shukri Yusoff

CYBERJAYA – Jumlah kutipan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) meningkat sebanyak 11 peratus pada tahun lalu.

Ketua Pengawai Eksekutifnya Ahmad Shukri Yusoff berkata, sebanyak RM768 juta zakat berjaya dipungut pada tahun lalu berbanding RM537 juta pada 2019.

Beliau berkata, zakat yang diterima PPZ-MAIWP itu telah diagihkan kepada golongan memerlukan dengan jumlah agihan sebanyak RM707,968,418.

“Ia diagihkan melalui skim yang disediakan oleh pusat zakat seperti skim pendidikan, pengguna asnaf dan tujuan kecemasan dengan peruntukan RM412 juta.

Beliau berkata demikian dalam siaran langsung dalam Program Eksklusif Terima Kasih Pembayar Zakat yang disiarkan secara langsung di laman Facebook PPZ.

Menurut Ahmad Shukri, PPZ juga menyediakan beberapa manfaat yang diperoleh pembayar zakat seperti rebat cukai, skim khairat kematian dan skim wakalah zakat.

“Skim wakalah zakat merupakan skim yang membolehkan pembayar zakat mempunyai ruang untuk mengagihkan wang zakat kepada asnaf yang dipilih.

“Bagi pembayar zakat yang meninggal dunia, waris akan menerima wang sebanyak RM3,000 melalui skim khairat kematian,” katanya.

Dalam pada itu katanya, PPZ juga ada menyediakan inisiatif lain yang dapat membantu golongan yang memerlukan seperti projek usrah saedah PPZ, projek lori rezeki khaira PPZ, musaidah khaira PPZ dan misi pascabanjir.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here