KWSP mansuhkan syarat pengeluaran i-Sinar – Tengku Zafrul

0
320

CYBERJAYA – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang dalam proses memansuhkan syarat kemudahan i-Sinar bagi membolehkan kemudahan itu dinikmati oleh semua pencarumnya.

Menurut Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, langkah ini diambil berikutan nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya KWSP menambahbaik inisiatif tersebut setelah mengambil kira maklum balas pihak awam.

“Pemansuhan syarat bagi kemudahan i-Sinar ini akan membolehkan ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun membuat pengeluaran dari simpanan Akaun 1 mereka tertakluk kepada baki yang sedia ada.

“Bagi ahli yang telah memohon i-Sinar berdasarkan kriteria semasa, permohonan mereka akan diluluskan secara automatik tidak lama lagi,” kata Tengku Zafrul dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Beliau menambah, jumlah pengeluaran dari Akaun 1 yang dibenarkan serta jadual pembayaran maksimum selama 6 bulan seperti yang dimaklumkan dahulu, kekal.

“Berikutan perubahan yang perlu dilakukan kepada sistem dan proses dalaman i-Sinar Online, KWSP
memerlukan masa yang mencukupi untuk melaksanakan pembaharuan ini.

“Pengumuman lanjut akan dibuat dalam masa terdekat oleh KWSP, dan Kerajaan amat menghargai kesabaran dan
pertimbangan ahli sementara perubahan sistem ini dilaksanakan,” tambah Tengku Zafrul lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here