KWSP mohon maaf atas masalah teknikal status permohonan i-Sinar

0
148
EPF
KWSP memohon maaf berkenaan masalah teknikal pada paparan status permohonan i-Sinar

CYBERJAYA – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memohon maaf berkenaan masalah teknikal pada paparan status permohonan i-Sinar.

KWSP berkata, pihaknya sedang berusaha untuk mengatasi masalah itu dan ahli boleh menyemak semula status permohonan bermula pukul 8 pagi hari ini.

“KWSP ingin memohon maaf berkenaan masalah teknikal pada paparan status permohonan i-Sinar Online. 

“Kami sedang berusaha untuk mengatasi kesulitan ini dan ahli boleh menyemak semula status permohonan pada 𝟴 𝗙𝗲𝗯𝗿𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟭 bermula 𝟴:𝟬𝟬 𝗽𝗮𝗴𝗶,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Difahamkan, ramai pemohon berjaya  dalam permohonan i-Sinar bagi kategori 2 semalam selepas menyemak permohonan masing-masing.

Bagaimanapun, kebanyakan mereka berputih mata selepas perkara demikian berlaku kerana kerana masalah teknikal berkenaan.

Tinjauan di ruangan komen di hantaran permohonan maaf KWSP itu mendapati, rata-rata pemohon meluahkan kekecewaan terhadap KWSP.

Ada yang menyatakan KWSP memberikan harapan palsu dan mempermainkan pemohon ketika rata-rata mereka mengharapkan wang daripada permohonan i-Sinar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here