La Vie En Rose keluaran Duchess jadi rebutan wanita

0
211
La Vie En Rose fesyen tudung terkini dikeluarkan Duchess By CPG.

CYBERJAYA – Tudung jenama Duchess yang dikeluarkan Duchess By CPG terus mendapat permintaan tinggi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarah Urusan Duchess By CPG, Muhamad Anwaruddin Mohamad Siden berkata, ketika PKP, pelanggan memilih untuk membeli secara dalam talian.

Muhamad Anwaruddin bersama isteri yang juga pengasas Duchess By CPG, Nor Ismawarni Ismail memeriksa kualiti La Vie En Rose

Beliau berkata, antara tudung yang mendapat permintaan tinggi ketika ini ialah La Vie En Rose iaitu fesyen tudung terkini dikeluarkan Duchess By CPG.

Pelanggan boleh membuat pilihan pelbagai gaya dan corak terkini

“Ketika ini produk kami dijual secara berterusan walaupun pelaksanaan PKP di Kedah. Antara koleksi yang mendapat permintaan tinggi ialah tudung La Vie En Rose.

“Koleksi baharu ini meningkatkan kepercayaan pelanggan terhadap kualiti kami, pengeluaran keduanya meningkat sehingga 200 peratus,” katanya ketika dihubungi Malakat Tribune hari ini.

Pereka Grafik Duchess By CPG menerangkan corak terkini La Vie En Rose

Bagaimanapun katanya, ekoran pelaksanaan PKP, pihaknya juga berdepan dengan beberapa masalah termasuk ada butik yang terpaksa ditutup.

La Vie En Rose turut digayakan oleh MUA Bellaz

“Kami terpaksa berdepan dengan kos tertentu seperti dalam soal pembayaran gaji walaupun ada pekerja yang tidak dapat bekerja ekoran PKP selain bayaran sewa.

“Bagi mendepani cabaran ketika pelaksanaan PKP ini, kami akan memperbanyakkan pengeluaran tudung yang mendapat permintaan pelanggan,” katanya.

Duchess BY CPG beroperasi di Jitra, Kedah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here