Lambakan nanas Moris kerana kurang permintaan

0
238
Lambakan nanas Moris disebabkan kurang permintaan ketika PKP

CYBERJAYA – Lambakan nanas jensi Moris di pasaran ketika ini berlaku disebabkan kekurangan permintaan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Datuk Dr. Sahruddin Jamal berkata, perkara berkenaan dalam pengetahuan pihaknya ketika ini.

Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Datuk Dr. Sahruddin Jamal

Beliau berkata, masalah berkenaan dilaporkan berlaku membabitkan pekebun nanas di Batu Pahat, Kluang dan juga Pontian di Johor.

“Masalah tersebut berlaku disebabkan pembatalan pembelian antara pihak pemborong dengan pekebun, seterusnya nanas tidak dapat dijual seperti biasa.

“Ia juga berpunca daripada kekurangan permintaan di pasaran kerana pelaksanaan PKP terutama bagi segmentasi masakan yang kebiasaannya melibatkan majlis kenduri kendara, sektor perhotelan dan restoran

FAMA turut membantu dalam pemasaran nanas Moris

“LPNM bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sudah mengambil langkah yang proaktif dengan membuat pemantauan awal terhadap pekebun di lapangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial pekebun kecil mengalami kerugian ribuan ringgit setelah tanaman nanas yang diusahakan tidak dapat dipasarkan.

Menurut Dr. Sahruddin, LPNM dan FAMA menyediakan inisiatif bantuan pasaran kepada pekebun yang terjejas dengan pembelian oleh FAMA dan pemadanan bersama pihak kilang, pengetinan serta pemborong dan peruncit yang memerlukan.

LPNM dan FAMA menyediakan inisiatif bantuan pasaran kepada pekebun yang terjejas

“Namun begitu, terdapat pekebun yang terus berusaha menjual sendiri nanas jenis morris masing-masing untuk mendapatkan lebih keuntungan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here