Laporan kes baharu Covid-19 menurun – WHO

0
59
DR. TEDROS ADHANOM GHEBREYESUS

LONDON – Jumlah laporan kes baharu Covid-19 di seluruh dunia turun 16 peratus, iaitu bersamaan dengan 2.7 juta kes minggu lepas, kata Petubuhan Kesihatan Antarabangsa (WHO).

The Guardian melaporkan, angka laporan kes kematian baharu turut jatuh 10 peratus, kepada 81,000 kematian.

Laporan tersebut dibentangkan oleh Ketua Pengarah WHO, Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus, semalam.

Kata Dr. Tedros, 5 daripada 6 wilayah tadbiran WHO melaporkan penurunan peratusan dua digit dalam jumlah kes baharu, dengan hanya Mediterranean Timur menunjukkan kenaikan sebanyak 7 peratus.

Beliau turut berkata, secara keseluruhannya, laporan kes baharu semakin menurun dalam tempoh 5 minggu berturut-turut.

Untuk rekod, jumlah kes baharu yang dilaporkan pada minggu pertama Januari 2021 adalah lebih daripada 5 juta kes.

“Walaupun terdapat kewujudan varian baharu pandemik, apa yang berlaku sekarang menunjukkan langkah kesihatan awam yang diambil (oleh setiap negara) adalah berkesan.

“Apa yang penting sekarang adalah bagaimana kita bertindak balas. Masalah ini belum selesai, ia hanya berkurangan. Jika kita berhenti, ia akan muncul kembali,” kata Dr. Tedros.

Berdasarkan data yang dikumpul oleh Universiti Johns Hopkins, jumlah kes Covid-19 di seluruh dunia kini sudah menghampiri 110 juta dengan kira-kira 2.4 kematian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here