Lebih 35 juta rakyat AS sudah divaksin

0
35

NEW YORK – Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) mengumumkan lebih 35 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada orang ramai di Amerika Syarikat (AS).

Setakat semalam juga, CDC telah turut mengedarkan lebih 57 juta dos vaksin ke pusat-pusat imunisasi di seluruh AS.

Jumlah dos yang diumumkan adalah bagi vaksin keluaran Moderna dan Pfizer/BioNTech, kata Reuters.

Kata CDC, kira-kira 27.9 juta individu telah menerima 1 atau lebih dos suntikan, manakala kira-kira 6.9 juta lagi telah menerima dos kedua setakat semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here