Lelaki bukan Islam murtadkan isterinya masih belum ditemui

0
241
Perempuan yang dipercayai isteri kepada lelaki bukan Muslim itu membuay permohonan maaf selepas tersebar satu video dalam bahasa Tamil oleh suaminya

JOHOR BAHRU – Keterangan daripada bapa dan kakak kepada seorang lelaki bukan Islam yang dipercayai terbabit dengan isu video memurtadkan seorang wanita Islam warga Indonesia telah diambil oleh polis.

Bagaimanapun Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sehingga kini, pihaknya masih mengesan lelaki berusia 29 tahun itu serta pasangannya.

Katanya, pada masa sama, orang awam diminta tidak mengeluarkan kenyataan provokasi, selain memberi pihaknya menjalankan siasatan secara adil dan saksama.

“Kalau mengikut keterangan bapa dan kakaknya, dia sudah lama tidak berada di rumah itu. Sama ada dia bersembunyi atau larikan diri, kita akan dapat tahu.

“Nasihat kepada orang awam, jangan ambil undang-undang di tangan sendiri. Serah kepada pihak polis, kita jalankan siasatan secara adil dan saksama. Tindakan diambil ikut undang-undang yang ada,” katanya memetik laporan Harian Metro hari ini.

Terdahulu, beliau menyempurnakan program penyerahan 34 pacuan empat roda Toyota Hilux Gs-Cargo Single Cab 2.4 (MT) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, hari ini.

Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata, orang ramai juga diminta tidak mengeluarkan kenyataan provokasi dan memanaskan keadaan hingga boleh menimbulkan ketegangan kaum.

“Kita akan ambil tindakan tegas tanpa mengira siapa pun yang berbuat demikian,” katanya.

Baru-baru ini tular satu video berdurasi tiga minit 26 saat memaparkan seorang lelaki bukan Islam mengaku memurtadkan wanita Islam yang dipercayai isterinya.

Susulan tersebarnya video tersebut, isteri kepada lelaki itu turut membuat satu rakaman video bagi memohon maaf di atas ketelanjuran suaminya itu.

Bagaimanapun, orang ramai yang berang dengan tindakan pasangan tersebut mahu kerajaan mengambil tindakan tegas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here